




Wartawan JM
9 JULAI 2025
Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil mengadakan pertemuan dengan Setiausaha Agung Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa (ITU), Doreen Bogdan Martin.
Hadir sama Wakil Tetap Malaysia ke Persatuan Bangsa Bersatu (PBB) di Geneva, Datuk Nadzirah Osman.
Pertemuan ini diadakan sempena World Summit on the Information Society+20 High-Level Event (WSIS+20) yang berlangsung di Geneva, Switzerland dari 7 hingga 11 Julai 2025.
“Antara yang menjadi perhatian ialah pengalaman Malaysia sebagai ahli majlis ITU, khususnya sejak 2-3 tahun kebelakangan ini, serta kejayaan negara mengungguli Hadiah WSIS menerusi Projek Inklusif Digital NADI Malaysia,” katanya dalam hantaran di FB.
Beliau berkata keterlibatan Malaysia sebagai ahli Majlis ITU membolehkan Malsysia memainkan peranan dalam merangka dasar dan menetapkan standard teknologi global seperti 5G, serta teknologi baharu yang sedang muncul termasuk 6G. – JM
