Raja Muda Perlis menikmati “City of Lights” KL dengan Hop On Hop Off

Oleh: Sholina Osman
17 JULAI 2025

Ronda-Ronda Kuala Lumpur (Kuala Lumpur Hop On Hop Off) terima kunjungan Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan keluarga.

Turut berangkat sama adalah Raja Puan Muda Perlis Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil bersama anakanda-anakanda Baginda berdua iaitu Warisnya Yang Kedua Negeri Perlis, Syed Sirajuddin Areeb Putra Al-Haj Jamalullail, Hajah Sharifah Khatreena Nuraniah Jamalullail, dan Hajah Sharifah Farah Adriana Jamalullail.

Keberangkatan tiba Baginda disambut oleh Ketua Pegawai Eksekutif Elang Wah Sdn. Bhd., Syed Azhar Syed Nadzir.

Program tersebut membawa Duli-Duli Tuanku menikmati keindahan panorama malam ibu kota yang digelar “City of Lights”, menerusi perkhidmatan bas dua tingkat KL Hop-On Hop-Off yang merupakan salah satu tarikan pelancongan utama di Kuala Lumpur.

27 HENTIAN STRATEGIK

Dengan lebih 27 hentian strategik termasuk KLCC, Bukit Bintang, Dataran Merdeka, dan Pasar Seni, perkhidmatan ini membolehkan para pelancong dari luar negara dan pengunjung tempatan meneroka ibu kota secara fleksibel dengan tiket 24 atau 48 jam.

Bas ini beroperasi dari jam 9 pagi hingga 6 petang, manakala lawatan malam bermula jam 8 hingga 10 malam, lengkap dengan panduan audio pelbagai bahasa, pemandangan menarik dan kemudahan mesra pengguna menjadikan KL Hop-On Hop-Off pilihan ideal untuk menikmati Kuala Lumpur dari perspektif berbeza.

Program berakhir dengan majlis santapan malam yang diadakan di restoran Warong Dollah Pindah, Sentul, Kuala Lumpur. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *