






Oleh: Wartawan JM
27 Julai 2025
MUAR : Kerajaan Persekutuan hari ini meluluskan peruntukan sejumlah RM10 juta untuk daerah Muar bagi melaksanakan pelbagai projek pembangunan demi memastikan kesejahteraan rakyat dapat dipertingkatkan sekali gus merancakkan pertumbuhan ekonomi setempat.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata peruntukan tersebut juga itu akan disalurkan segera supaya manfaatnya dapat dinikmati oleh penduduk Muar dalam masa terdekat.
“Kerajaan mahu rakyat Muar menikmati pembangunan seimbang. Justeru, peruntukan ini (RM10) juta ini akan dimanfaatkan sebaiknya melalui pelbagai projek pembangunan yang dikenal pasti,” katanya sewaktu berucap merasmikan Majlis Peluncuran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2025, di Tanjung Emas, di sini, hari ini.
PELEPASAN KONVOI KEMBARA MERDEKA JALUR GEMILANG 2025
Hadir sama, Menteri Komunikasi merangkap Pengerusi Jawatankuasa Induk, Datuk Fahmi Fadzil dan Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi.
Justeru, Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, pelaksanaan projek diselaraskan oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri bersama Pejabat Daerah Muar.
Selepas berucap merasmikan program tersebut, Anwar turut menyempurnakan gimik pelepasan Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang 2025, membabitkan penyertaan 88 unit kenderaan kontinjen darat dan 66 aset pengangkutan air dengan jumlah keseluruhan lebih 300 peserta- JM
