

Oleh: Sholina Osman
8 OGOS 2025
Kementerian Dalam Negeri
memaklumkan kemudahan Multiple Entry Visa (MEV) telah diberikan kepada pekerja asing warganegara Bangladesh yang berkuatkuasa mulai 8 Ogos 2025.
Kenyataan media KDN memaklumkan di bawah kemudahan ini, pekerja asing warganegara Bangladesh yang
mempunyai Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) dengan Single Entry Visa (SEV) pada tahun semasa tidak perlu membuat permohonan MEV secara berasingan.
Kemudaham ini akan diselaraskan oleh Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) di pintu-pintu masuk antarabangsa bagi pemegang PLKS yang masih sah.
“MEV akan diberikan semasa proses
lanjutan tempoh PLKS pada tahun berikutnya,” kata kenyataan itu lagi.
PENGURUSAN KELUAR MASUK
Pelaksanaan kemudahan ini membolehkan KDN
memperkukuhkan pengurusan keluar masuk pekerja asing yang sah, di
samping mengurangkan risiko penyalahgunaan pas imigresen menerusi sistem pemantauan yang lebih sistematik.
Malah ia juga dijangka dapat mengurangkan kesesakan permohonan visa baharu di Pejabat
Perwakilan Malaysia di luar negara.
Dengan kemudahan MEV ini mencerminkan komitmen Malaysia untuk mengukuhkan hubungan dua hala dengan Bangladesh, khususnya dalam aspek kerjasama buruh yang beretika dan berperaturan.
Ia juga memperlihatkan kesediaan Malaysia untuk mempertingkatkan kemudahan dan perlindungan hak pekerja asing yang sah, selaras dengan undang-undang perburuhan dan amalan antarabangsa. – JM
