PMX terima kunjungan hormat Menteri Integrasi Afrika dan Hal Ehwal Luar Senegal

Wartawan JM
Foto Ihsan Pejabat Perdana Menteri (PMO)
11 OGOS 2025

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Menteri Integrasi Afrika dan Hal Ehwal Luar Senegal, Yassine Fall, pagi ini (11 Ogos).

Beliau berkata, perbincangan mereka tertumpu kepada usaha memperkukuh kerjasama dua hala, khususnya dalam bidang perdagangan, pelaburan, haji, waqf dan industri halal yang mempunyai potensi besar untuk dimajukan bersama.

“Kami turut bertukar pandangan mengenai pelbagai isu serantau dan antarabangsa yang menjadi kepentingan bersama, termasuk perkembangan di Asia Barat dan benua Afrika,” kata Anwar dalam hantaran di FB. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *