

Oleh: Sholina Osman
17 OGOS 2025
Polis Selangor mengesahkan siasatan berhubung kes serangan terhadap anak kepada Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Rafizi Ramli telah diserahkan dan kini diambil alih oleh Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.
Ketua Polisnya Datuk Shazeli Kahar berkata serahan itu adalah selaras dengan keperluan siasatan yang lebih menyeluruh dan berpusat.
“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kes ini diminta untuk menyalurkannya ke balai polis berdekatan bagi membantu siasatan,” kata beliau dalam kenyataan media hari ini (17 Ogos).
Kerjasama masyarakat amat dihargai demi memastikan keadilan dan ketelusan dalam proses siasatan. – JM
