
Wartawan JM
Foto Ihsan Pejabat Perdana Menteri (PMO)
19 OGOS 2025
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menghubungi pemangku Perdana Menteri Thailand Phumtham Wechayachai bagi membincangkan situasi semasa berkaitan gencatan senjata Kemboja-Thailand.
“Dalam perbincangan tersebut, kami turut memberi penekanan selain perhatian kepada usaha pasukan pemerhati sementara (IOT) yang terus memantau dengan teliti keadaan di sempadan,” kata Anwar dalam hantaran di FB.
Selain itu katanya juga diteliti beberapa ikhtiar lain yang boleh digerakkan ke arah memantapkan operasi pemantauan gencatan senjata.
“Selebihnya kedua-dua kami menyentuh mengenai mesyuarat Jawatankuasa Sempadan Am (GBC) Thailand-Kemboja yang akan bersidang pada bulan hadapan,” kata beliau lagi. – JM
