KUNJUNGAN HORMAT YBHG. DATO’ KSU MOTAC KE ATAS YBHG. TAN SRI PEGUAM NEGARA

PUTRAJAYA, 20 OGOS | YBhg. Dato’ Shaharuddin bin Abu Sohot, Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) telah mengadakan kunjungan hormat ke atas YBhg. Tan Sri Dato’ Mohd Dusuki bin Mokhtar, Peguam Negara di Jabatan Peguam Negara hari ini.

Kunjungan ini bertujuan memperkukuh kerjasama strategik serta membincangkan perkara berkaitan perundangan yang menyokong agenda pelancongan, seni, budaya dan warisan negara.

Turut hadir, YBrs. Puan Atikah binti Alias, Penasihat Undang-Undang MOTAC dan pegawai-pegawai kanan MOTAC.

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *