
21 Ogos 2025
PUTRAJAYA, β Kerajaan Malaysia hari ini mengumumkan bahawa orang ramai kini boleh menyemak kelayakan mereka bagi menerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA), sebuah inisiatif yang diumumkan oleh kerajaan sempena sambutan Hari Kebangsaan.
Di bawah inisiatif ini, setiap warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas layak menerima bantuan tunai berjumlah RM100 secara sekali bayar, yang akan dikreditkan terus ke dalam MyKad masing-masing bermula 31 Ogos 2025.
LEBIH EMPAT RIBU PREMIS BERDAFTAR
Bantuan ini boleh digunakan di lebih 4,000 premis berdaftar di seluruh negara, termasuk pasar raya besar, kedai runcit, dan premis tempatan yang bernaung di bawah rangkaian MyKasih. Pengguna boleh menggunakan bantuan ini sehingga 31 Disember 2025.
Semakan kelayakan bagi program ini boleh dilakukan melalui portal rasmi Sumbangan Tunai Rakyat (STR) di Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), portal MyKasih, atau melalui talian bantuan yang disediakan.
Dalam pada itu, turut diingatkan orang ramai agar berwaspada terhadap sebarang bentuk penipuan berkaitan dengan pendaftaran SARA. Penekanan diberikan bahawa bantuan ini akan disalurkan secara automatik kepada mereka yang layak, tanpa memerlukan sebarang permohonan atau tindakan tambahan daripada penerima.
Inisiatif ini adalah salah satu langkah kerajaan dalam memastikan kesejahteraan dan kelangsungan hidup rakyat Malaysia, terutamanya dalam menghadapi cabaran ekonomi semasa.
SumbanganAsasRahmah
SARA
JabatanPerdanaMenteri
RancakkanMADANI
MalaysiaMADANI
MADANIBekerja
TaatSetia
@shamsulazri.abubakar
@malaysiapmo
