πŒπ€π‰π‹πˆπ’ π€πŒπ€ππ€π“ 𝐏𝐄𝐑𝐃𝐀𝐍𝐀 π’π„πŒππ„ππ€ π‡π€π‘πˆ πŠπ„ππ€ππ†π’π€π€π πŸπŸŽπŸπŸ“

SERDANG, 30 Ogos 2025 – YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri telah menyampaikan Amanat Perdana Hari Kebangsaan 2025 bersempena Sambutan Hari Kebangsaan ke-68 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), Serdang. Program anjuran Kementerian Perpaduan Negara (KPN) ini diadakan bagi menyemarakkan penghayatan erti kemerdekaan serta menanamkan jiwa patriotisme dalam kalangan seluruh rakyat Malaysia.

Mengangkat tema β€œMalaysia MADANI: Rakyat Disantuni”, amanat ini menegaskan bahawa rakyat daripada pelbagai bangsa, agama dan budaya merupakan khazanah berharga negara yang wajar dihormati serta dipelihara dalam suasana kebersamaan. Tema ini bertepatan dengan gagasan perpaduan nasional kerana kekuatan negara hanya akan terjamin apabila wujud persefahaman, kepercayaan dan keutamaan bersama melebihi segala perbezaan.

Beliau turut menekankan kepentingan mempertahankan negara daripada ancaman perpecahan, memperkukuh perpaduan masyarakat serta menghidupkan roh Malaysia MADANI melalui nilai toleransi, saling menghormati dan kepedulian sesama insan. Beliau menegaskan bahawa kebajikan serta kesejahteraan rakyat mesti menjadi agenda utama negara. Majlis ini disertai lebih 4,000 tetamu pelbagai latar belakang dan turut disiarkan secara langsung di media arus perdana.

Foto oleh: Muhammad Faiz bin Norzani (Pejabat TKSUK), Mohd Najib bin Mohaini dan Nurshahnaz Fazlie bin Shahrizal (UKK JPM)

SambutanHariKebangsaan2025

JabatanPerdanaMenteri

RancakkanMADANI

MalaysiaMADANI

MADANIBekerja

TaatSetia

@shamsulazri.abubakar
@malaysiapmo

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *