RUU Pekerja Gig angkat maruah anak muda pilih profesyen gig – PMX

Wartawan JM
Foto Tangkap Layar Video FB Anwar Ibrahim
30 OGOS 2025

Rang Undang-Undang (RUU) Pekerja Gig yang telah diluluskan Parlimen baru-baru ini memberi takrifan yang lebih jelas kepada profesyen ini termasuk pengiktirafan, jaringan sosial yang kukuh serta masa depan yang jelas.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar berkata ia adalah hadiah untuk seluruh anak muda yang berkecimpung dalam industri gig (penghantar makanan, pemandu e-hailing dan seluruh keluarga pekerja gig).

“Satu kejayaan untuk pekerja gig sempena Hari Kebangsaan ke-68 di mana kerajaan membebaskan golongan ini dari tekanan,” katanya dalam video berdurmasi 2 minit yang dimuatnaik di FB.

MENDENGAR DAN MENYANTUNI

Anwar berkata kerajaan telah mendengar dan menyantuni tuntutan yang dijanjikan walaupun mengambil masa kerana proses perundangan yang begitu rumit.

Beliau juga menyatakan penghargaan terhadap Menteri Sumber Manusia (KESUMA) Steven Sim, rakan di kementerian dan rakan parti kerajaan yang terus menyokong dan melaksanakan cita-cita rakyat.

Beliau berkata ada juga yang curiga, selain mendakwa Kerajaan lambat dalam hal ini.

RUU INI MENGESANKAN

“Hakikatnya, kita cermat dan berhati-hati kerana RUU ini mengesankan hidup jutaan rakyat,” tambah beliau.

“Justeru, bersempena bulan kemerdekaan ini, saya tegaskan bahawa setiap keringat dan usaha pekerja gig adalah bermaruah, dan kalian punyai sumbangan yang besar pada pengukuhan ekonomi rakyat dan negara,” tambah Perdana Menteri. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *