KDPB SULTAN PAHANG TERIMA IJAZAH KEHORMAT KEDOKTORAN DARI UNIVERSITI TSUKUBA, JEPUN

KUALA LUMPUR, 2 Sept. 2025 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah hari ini berkenan menerima Ijazah Kehormat Kedoktoran daripada Universiti Tsukuba, Jepun.

Keberangkatan Paduka Baginda ke majlis tersebut diiringi Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj.

Turut mengiring ialah YAM Tengku Panglima Perang Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah; YAM Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Iman Afzan binti Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah; YAM Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Ilisha Ameera Binti Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah; YAM Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Ilyana Alia binti Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah; Yang Amat Mulia Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah binti Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah serta YAM Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Jihan Azizah Athiyatullah binti Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Keberangkatan Paduka Baginda pada pukul 2 petang disambut Menteri Pendidikan Tinggi, YB Dato’ Sri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir; Duta Besar Jepun ke Malaysia, Tuan Yang Terutama Noriyuki Shikata; Presiden Universiti Tsukuba, Dr. Kyosuke Nagata serta Bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Jepun (JFA) Encik Khozo Tashima.

Penganugerahan berprestij itu disampaikan sebagai pengiktirafan terhadap sumbangan Paduka Baginda dalam bidang sukan dan pendidikan, selain mencerminkan hubungan persahabatan serta kepercayaan yang kukuh antara Malaysia dan Jepun.

Dalam titah ucapan, Paduka Baginda menzahirkan penghargaan kepada Presiden, fakulti serta seluruh warga Universiti Tsukuba atas pengiktirafan bermakna itu.

Paduka Baginda turut menekankan bahawa penganugerahan ini bukan sahaja satu penghormatan peribadi, tetapi juga simbol jalinan erat kedua-dua negara.

Paduka Baginda turut mengimbau kenangan pada tahun 2019 ketika lawatan rasmi ke Tokyo bagi menghadiri Istiadat Pertabalan Maharaja Naruhito, di mana Paduka Baginda berpeluang bertemu dengan mendiang Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe.

“Pertemuan itu menjadi titik permulaan kepada perbincangan mengenai penubuhan kampus Universiti Tsukuba di Malaysia dan kini, visi tersebut telah direalisasikan dengan wujudnya kampus Universiti Tsukuba Malaysia di Kuala Lumpur yang boleh disifatkan sebagai mercu tanda kerjasama dalam pendidikan dan teknologi antara kedua-dua negara.

“Pendidikan adalah asas utama dalam membina masyarakat yang lebih kukuh, adil dan berdaya tahan. Malaysia dan Jepun telah lama berkongsi kerjasama dalam bidang ini dan saya menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia untuk melanjutkan pengajian di institusi berprestij ini,” titah Paduka Baginda.

Paduka Baginda menegaskan bahawa hubungan negara dan Universiti Tsukuba Malaysia merupakan satu jambatan ilmu, inovasi dan persefahaman budaya yang akan memberi manfaat besar kepada generasi akan datang.

“Semoga persahabatan antara Malaysia dan Jepun terus terjalin erat dan semoga pendidikan selama-lamanya menjadi mercu tanda harapan, kemajuan serta keharmonian untuk seluruh dunia.

“Saya dengan penuh keikhlasan berdoa agar Universiti Tsukuba terus berkembang maju dan berjaya, serta Kampus Universiti Tsukuba Malaysia akan terus melahirkan lebih ramai lagi bakat-bakat cemerlang,” titah Paduka Baginda. -KESULTANAN PAHANG


HRH THE SULTAN OF PAHANG RECEIVES HONORARY DOCTORATE FROM UNIVERSITY OF TSUKUBA, JAPAN

KUALA LUMPUR, September 2, 2025 – His Royal Highness the Sultan of Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah, today graciously received an Honorary Doctorate Degree from the University of Tsukuba, Japan.

His Royal Highness was accompanied to Amari Kuala Lumpur by Her Royal Highness the Tengku Ampuan of Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj.

Also in attendance were His Highness Tengku Panglima Perang Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah; Her Highness Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Iman Afzan Binti Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah; Her Highness Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Ilisha Ameera Binti Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah; Her Highness Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Ilyana Alia Binti Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah; Her Highness Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah Binti Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah; and Her Highness Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Jihan Azizah Athiyatullah Binti Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Their Royal Highnesses’ arrival at 2 p.m. was welcomed by Minister of Higher Education, YB Dato’ Sri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir; Japanese Ambassador to Malaysia, His Excellency Mr. Noriyuki Shikata; President of the University of Tsukuba, Dr. Kyosuke Nagata; as well as former President of the Japan Football Association (JFA), Mr. Khozo Tashima.

The prestigious conferment was presented in recognition of His Royal Highness’ contributions in the fields of sports and education, while also symbolising the deep friendship and trust between Malaysia and Japan.

In his royal address, His Royal Highness expressed his utmost appreciation to the President, faculty members, and the entire University of Tsukuba community for the meaningful honour.

His Royal Highness further emphasised that this recognition was not only a personal honour, but also a testament to the strong bilateral ties between Malaysia and Japan.

His Royal Highness also recalled his official visit to Tokyo in 2019 to attend the Enthronement Ceremony of His Majesty Emperor Naruhito, where he had the privilege of meeting the late Japanese Prime Minister, Shinzo Abe.

“That historic meeting marked the beginning of discussions on the establishment of a University of Tsukuba campus in Malaysia. Today, that vision has been realised with the establishment of University of Tsukuba Malaysia in Kuala Lumpur, which can be regarded as a landmark of cooperation in education and technology between our two nations.

“Education is the foundation upon which stronger, fairer, and more resilient societies are built. Malaysia and Japan have long shared cooperation in this field, and I encourage more Malaysians to pursue their studies at this prestigious institution,” His Royal Highness said.

His Royal Highness stressed that University of Tsukuba Malaysia represents a bridge of knowledge, innovation, and cultural understanding that will benefit future generations.

“May the friendship between Malaysia and Japan continue to flourish, and may education forever serve as a beacon of hope, progress, and harmony for the entire world.

“I sincerely pray for the continued growth and success of the University of Tsukuba, and that the University of Tsukuba Malaysia Campus will continue to produce even more outstanding talents,” His Royal Highness said. – KESULTANAN PAHANG

kesultananpahang

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *