









JERANTUT, 24 September 2025 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah berkenan bercemar duli berangkat ke Program FGV Seikhlas Hati-Majlis Bayaran Zakat Perniagaan dan sumbangan kumpulan FGV di Pusat Pendidikan Pertanian Tun Razak (PPPTR), hari ini.
Keberangkatan Paduka Baginda pada pukul 11.00 pagi disambut Pengerusi FGV Holdings Berhad, Tan Sri Rastam Mohd Isa; Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda), Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek serta Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Felda, Koperasi dan Usahawan Negeri Pahang, YB Dato’ Amizar Bin Abu Adam.
Pada majlis berkenaan, Paduka Baginda berkenan menyaksikan akad bayaran zakat perniagaan FGV bagi haul 2024 dan penyerahan cek bernilai RM4.87 juta yang diserahkan kepada Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP).
FGV turut menyerahkan sumbangan RM2 juta lagi disalurkan terus kepada komuniti di negeri Pahang melalui pelbagai inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) seperti pembinaan 10 unit rumah baharu untuk asnaf, sumbangan kepada 15 institusi pendidikan, kerja naiktaraf Masjid PPPTR bernilai RM100,000, pelaksanaan Projek Hijrah Asnaf bersama MUIP dan Bank Pertanian Malaysia Berhad (Agrobank) bernilai RM500,000 serta sumbangan RM100,000 kepada Yayasan Al-Sultan Abdullah (YASA).
Dalam pada itu, Paduka Baginda turut berkenan mengurniakan cek sumbangan kepada 30 orang penerima serta menyempurnakan pengurniaan sumbangan kepada 100 orang asnaf dari sekitar daerah Jerantut.
Paduka Baginda kemudiannya berkenan melawat makmal dan menerima persembahan taklimat operasi, menyempurnakan simbolik penanaman pokok sawit Pisifera sebelum ke Lysimeter bagi pelepasan burung hantu. -KESULTANAN PAHANG
HRH THE SULTAN OF PAHANG GRACES FGV SEIKHLAS HATI PROGRAMME
JERANTUT, September 24, 2025 – His Royal Highness the Sultan of Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah, graciously attended the FGV ‘Seikhlas Hati’ Programme – Business Zakat Payment and Contributions Ceremony by FGV Group at the Tun Razak Agricultural Education Centre (PPPTR) today.
His Royal Highness’ arrival at 11.00 a.m. was welcomed by the Chairman of FGV Holdings Berhad, Tan Sri Rastam Mohd Isa; Chairman of the Federal Land Development Authority (Felda), Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek; and the Pahang State Committee Chairman for Felda Affairs, Cooperatives and Entrepreneurs, YB Dato’ Amizar Bin Abu Adam.
At the ceremony, His Royal Highness witnessed the business zakat payment ceremony of FGV for the 2024 financial year and the handover of a cheque worth RM4.87 million to the Pahang Islamic Religious and Malay Customs Council (MUIP).
FGV also contributed another RM2 million directly to communities in Pahang through various corporate social responsibility (CSR) initiatives, including the construction of 10 new houses for the needy (asnaf), contributions to 15 educational institutions, upgrading works for the PPPTR Mosque worth RM100,000, the implementation of the Projek Hijrah Asnaf in collaboration with MUIP and Agrobank worth RM500,000, as well as a RM100,000 contribution to the Al-Sultan Abdullah Foundation (YASA).
In addition, His Royal Highness presented contribution cheques to 30 recipients and officiated the handover of assistance to 100 asnaf from the Jerantut district.
His Royal Highness then visited the laboratories and received an operational briefing, before completing the symbolic planting of a Pisifera oil palm tree and proceeding to the Lysimeter area for the release of barn owls. -KESULTANAN PAHANG
