Dr Wan Azizah rasmi ASEAN – China Art Exchange Exhibition 2025 di PICC

Wartawan JM
12 OKT. 2025

Isteri Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hadir merasmikan program ASEAN – China Art Exchange Exhibition 2025 yang berlangsung di Putrajaya International Convention Centre (PICC), Putrajaya.

Program ini dianjurkan oleh Persatuan Promosi Kebudayaan dan Kesenian Antarabangsa Malaysia.

Turut hadir bersama Datuk Yeoh Soon Hin, Timbalan Pengerusi Tourism Malaysia; Datuk Sim Tiak Choo, Presiden Persatuan Promosi Budaya dan Seni Antarabangsa Malaysia; Datin Joelyn Teoh Lay Fung, Konsul Kehormat Republik Chile di Pulau Pinang; Datuk Azman Abidin, Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri Malaysia; Mohd Azmi Mat Nayan, Ketua Pegawai Eksekutif merangkap Pengarah Pusat Kajian MADANI serta rakan-rakan ASEAN.

MEMPERKAYA DAN MEMPERKUKUH

“Saya mengucapkan tahniah kepada pihak penganjur atas inisiatif yang amat bermakna ini serta menghargai usaha pelbagai pihak serta organisasi lain yang turut serta dalam memperkayakan dan memperkukuh lagi warisan seni negara kita,” kata Dr Wan Azizah dalam hantaran di FB.

Beliau berkata melalui pertukaran seni ini, ruang seni yang diwujudkan di luar sidang kemuncak mampu menjadi pemangkin dalam memupuk hubungan antarabangsa yang lebih baik.

Dr Wan Azizah juga berharap usaha ini dapat menjadikan Malaysia sebagai hab pendidikan serantau, hab logistik, destinasi pelancongan utama, dan dalam beberapa tahun kebelakangan ini, hab pusat data yang semakin mendapat perhatian. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *