Trump dijadual tiba di Malaysia Ahad ini hadir Sidang Kemuncak ASEAN ke-47

Oleh: Sholina Osman
22 OKT. 2025

Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump dijadual tiba di Malaysia Ahad ini bagi menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 yang diadakan di ibu negara.

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil yang juga Jurucakap Kerajaan Madani berkata, pengesahan kehadiran Presiden Amerika Syarikat itu telah dimaklumkan sewaktu Mesyuarat Jemaah Menteri pada Jumaat lepas.

Setakat ini kata Fahmi memang disahkan Donald Trump akan tiba di Malaysia pada 26 Oktober.

MEMAKLUMKAN JIKA BERLAKU

Bagaimanapun katanya Kementerian Luar Negeri akan memaklumkan jika berlaku sebarang perubahan.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas meninjau Pusat Media Antarabangsa dan Pusat Penyiaran Antarabangsa Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini hari ini.

Lawatan ini menandakan kunjungan rasmi pertama Trump ke Malaysia sejak kembali ke Rumah Putih bagi penggal kedua pada November lalu. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *