MESYUARAT JAWATANKUASA PILIHAN PARLIMEN KELIMA BELAS PADA MESYUARAT KETIGA PENGGAL KEEMPAT PARLIMEN KELIMA BELAS

KUALA LUMPUR, 4 November 2025 – YBhg. Datuk Zulkifli bin Abidin, Setiausaha Bahagian Keselamatan dan Ketenteraman Awam, Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah mengetuai kementerian ini dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pilihan Wanita, Kanak-kanak dan Pembangunan Masyarakat Bil. 24 Tahun 2025 di Parlimen Malaysia, hari ini.

Jawatankuasa khas ini berperanan sebagai platform penting untuk membincangkan dan meneliti isu-isu berkaitan wanita, kanak-kanak serta pembangunan masyarakat.

Melalui sesi-sesi perbincangan dan taklimat seperti isu buli dalam kalangan pelajar, jawatankuasa ini membantu mengenal pasti cabaran sebenar di lapangan dan mencadangkan penyelesaian yang lebih berkesan serta menyeluruh.

🔹 Mendalami isu semasa – Meneliti cabaran yang dihadapi oleh golongan rentan termasuk wanita dan kanak-kanak.
🔹 Memberi pendedahan kepada Ahli Parlimen – Memperkasa kefahaman terhadap kesan sosial dan emosi isu seperti buli.
🔹 Mencari penyelesaian konkrit – Merangka langkah intervensi awal dan meningkatkan kesedaran masyarakat.
🔹 Menyumbang kepada dasar negara – Menambah baik polisi dan program ke arah pembangunan masyarakat MADANI yang inklusif dan sejahtera.

KDN komited untuk terus menjadi peneraju dalam memastikan setiap suara dan keperluan masyarakat — khususnya wanita dan kanak-kanak — didengari dan dilindungi.

Turut hadir pada sesi ini, pegawai-pegawai kanan KDN daripada Bahagian Keselamatan dan Ketenteraman Awam, Bahagian Perancangan Strategik dan Polis Diraja Malaysia.

KeselamatanTanggungjawabBersama

MalaysiaMADANI

KDNMADANI

AIforKDNKDNforAI

KementerianDalamNegeri

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *