PMX tersentuh hati luahan pengamal media masih bergaji rendah

Oleh: Sholina Osman
17 NOV. 2025

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tersentuh mendengar luahan wakil media Sabah mengenai isu kebajikan dan kadar pendapatan rendah.

Beliau berkata ini termasuk kes wartawan berpengalaman hampir sedekad tetapi hanya menerima kadar sekitar gaji minimum.

Sehubungan itu beliau tidak mahu keadaan ini tidak harus berlarutan.

“Saya akan meneliti perkara ini secara dekat untuk mencari pendekatan yang sesuai bagi menjaga kebajikan pengamal media di Sabah dan seluruh negara,” kata beliau dalam hantaran di FB.

MAJLIS SARAPAN PAGI

Sebelum itu pada hari kedua lawatan di Sabah, beliau hadir pada majlis Sarapan Pagi dan Sembang Santai Pengamal Media Sabah bersama Perdana Menteri di Kota Kinabalu.

Anwar akui beliau amat menghargai dedikasi dan sumbangan kalian dalam menegakkan kebenaran.

“Terima kasih setulusnya buat pengamal media yang teguh berpegang pada pelaporan yang jujur, berimbang, profesional dan bertanggungjawab,” jelas beliau.

Kata Perdana Menteri peranan media amat kritikal ketika ini tatkala kebanjiran maklumat palsu, fitnah dan manipulasi politik menular.

BERETIKA DAN BERIMBANG

Beliau berkata media yang beretika dan berimbang adalah benteng kebenaran serta pemangkin kepercayaan rakyat.

Menjawab isu Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), beliau tegaskan pendirian tuntas Kerajaan MADANI terhadap pelaksanaan Pemberian Khas Sabah berdasarkan 40 peratus hasil.

Jelas Anwar kerajaan juga telah memutuskan untuk menambah kerusi Parlimen bagi Sabah dan Sarawak bagi memperkukuh prinsip perwakilan yang adil dalam sistem demokrasi negara. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *