BACAAN KALI YANG KEDUA DAN KETIGA RANG UNDANG-UNDANG IMIGRESEN (PINDAAN) 2025 DAN RANG UNDANG-UNDANG PASPORT (PINDAAN) 2025 DI DEWAN RAKYAT PADA MESYUARAT KETIGA PENGGAL KEEMPAT PARLIMEN KELIMA BELAS

4 Disember 2025

KUALA LUMPUR, 4 Disember 2025 – YB Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah, Timbalan Menteri Dalam Negeri telah menyempurnakan Bacaan Kali yang Kedua dan Ketiga bagi Rang Undang-undang Imigresen (Pindaan) 2025 dan Rang Undang-undang Pasport (Pindaan) 2025 di Dewan Rakyat, hari ini. Kedua-dua Rang Undang-undang ini diluluskan dengan undian majoriti ahli-ahli Dewan Rakyat.

Sesi ini turut dihadiri oleh pegawai-pegawai kanan Kementerian Dalam Negeri daripada Bahagian Perancangan Strategik, Pejabat Penasihat Undang-undang, Pejabat Pasukan Petugas Khas NIISe, Bahagian Hal Ehwal Imigresen, Jabatan Imigresen Malaysia, Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) dan Unit Komunikasi Korporat.

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *