






12 Disember 2025
Selangor Pelakon, penyanyi dan hos terkenal, Erra Fazira, selamat diijabkabulkan dengan pilihan hatinya Ezwan Zain atau “Mr E”, tepat pada 9.19 pagi tadi di Rinjani Majestic, Kampung Melayu Subang, Shah Alam.
Selepas hampir 11 tahun hidup bersendirian dan bergelar ibu tunggal, Erra kini menemui lelaki istimewa yang akan menjadi peneman setia dalam meniti kehidupan bersama.
Dengan hanya sekali lafaz, Ezwan, 44, yang merupakan seorang ahli perniagaan, sah bergelar suami kepada Erra atau nama sebenarnya Fazira Wan Chek, 51, primadona filem Melayu kesayangan rakyat Malaysia.
Pasangan itu dinikahkan oleh jurunikah, Penolong Pendaftar Perkahwinan, Majlis Agama Islam Selangor Mohd Sabirin Noordin.
Erra menerima mas kahwin sepokok ufti bunga emas seberat 102 gram berserta set barang kemas, tas tangan, jam tangan serta kasut yang diletak di atas talam sebagai hantaran perkahwinan.
πΈMohd Asri Saifuddin Mamat | BERNAMA
