






13 Disember 2025
DYAM Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor berangkat menyaksikan perlumbaan Asian Le Mans Series (ALMS) 2025–2026 di Litar Antarabangsa Sepang pada hari ini (13 Disember).
Berangkat sama, YAM Che’ Puan Mahkota Khaleeda Johor, YAM Tunku Tun Aminah Binti Sultan Ibrahim dan suami, Dato’ Dennis Muhammad Abdullah.
DYAM Tunku Mahkota Ismail dan YAM Tunku Aminah berangkat memberikan sokongan kepada dua adindanya, YAM Tunku Abdul Rahman Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Panglima Johor dan YAM Tunku Abu Bakar Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Putera Johor yang beraksi pada ALMS.
KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim turut berkenan meluangkan masa menonton perlumbaan berkenaan menerusi peranti digital (iPad)
Johor Motorsports Racing (JMR) menampilkan dua jentera Chevrolet Corvette Z06 GT3.R dengan gandingan barisan enam pemandu untuk perlumbaan musim ini.
YAM Tunku Abdul Rahman bersama gandingan Jordan Love dan Ben Green, manakala YAM Tunku Abu Bakar bersama Alexander Sims serta Yasser Shahim.
