





14 Disember 2025
THAILAND :
Kemarau kejuaraan regu berpasukan lelaki sepak takraw Malaysia selama 34 tahun akhirnya berakhir apabila skuad negara menundukkan musuh tradisi, Thailand 2-1 pada perlawanan akhir Sukan SEA 2025 di Gimnasium Nakhon Pathom, di Chonburi hari ini.
Kejayaan bersejarah itu menamatkan penantian panjang sejak kali terakhir Malaysia menjulang gelaran acara berkenaan pada Sukan SEA 1991 di Manila, sekali gus memadam dominasi Thailand yang menjadi penghalang utama negara sepanjang lebih tiga dekad lalu.
Presiden Persekutuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) Datuk Mohd Sumali Reduan nyata gembira dengan persembahan anak buahnya selepas berjaya memecahkan dominasi seteru utama, apatah lagi kejayaan itu dicapai di negara lawan.
βHari ini tercipta lagi satu sejarah sepak takraw negara selepas 34 tahun kita menunggu untuk muncul juara acara berpasukan. Kemenangan ini lebih manis kerana ia berlaku di bumi Thailand dan kita berjaya menewaskan mereka.
βIa adalah satu kejayaan dramatik. Semua menangis hari ini β penyokong, pemain, malah saya sendiri turut menitiskan air mata,β katanya ketika ditemui selepas perlawanan.
πΈ Safwan Mansor | BERNAMA
