


17 Disember 2025
Yayasan Sultan Ibrahim Johor (YSIJ) menyumbangkan 110 set peralatan sekolah kepada murid Sekolah Agama (SA) Tunjuk Laut, Kota Tinggi semalam (17 Disember).
YSIJ turut menyumbang televisyen pintar (Smart TV) dan mesin pencetak untuk kegunaan warga pendidik.
Majlis penyampaian sumbangan berlangsung di SA Tunjuk Laut dengan dihadiri Miswan Yunus, Pegawai Daerah Kota Tinggi, Wan Su Ali, Pengurus Besar Yayasan JCorp dan Shah Reza Md Kanafe, Pengurus Kanan YSIJ.
Program berkenaan turut mendapat kerjasama Yayasan JCorp bagi bantuan Projek Solar yang akan mengurangkan kebergantungan pihak sekolah terhadap set generator, manakala QSR Brands (M) Holdings Berhad turut menyumbangkan bantuan pek makanan kepada murid sekolah.
