Elak musibah banjir:PMX menasihatkan rakyat sentiasa berwaspada, patuhi arahan berpindah jika perlu

18 Disember 2025

Perdana Menteri Datok Seri Anwar Ibrahim mengingatkan rakyat supaya sentiasa berjaga-jaga serta mematuhi arahan pihak berkuasa berikutan musibah banjir yang sedang melanda beberapa negeri di negara ini.

” Saya amat terkesan dengan musibah banjir yang melanda beberapa negeri ketika ini serta nasib mangsa-mangsa yang terjejas.

” Rakyat dinasihatkan agar sentiasa berwaspada, mematuhi arahan pihak berkuasa dan segera berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) apabila diarahkan demi keselamatan diri dan keluarga, ” kata PMX dalam perkongsiannya di laman media sosial hari ini.

Beliau berkata, Kerajaan MADANI melalui NADMA telah menyelaras tindakan segera bersama agensi berkaitan, antaranya hebahan awal SMS kecemasan oleh MCMC, penyaluran bantuan kebajikan dan keperluan asas oleh JKM, serta pengoperasian pam kecemasan oleh JPS bagi mengawal paras air dan mengurangkan risiko banjir.

Jelas beliau lagi, situasi banjir ini akan terus dipantau rapi serta bantuan disalurkan sebaik dan secepat mungkin.

PMX juga berkata penghargaan dan terima kasih kepada semua petugas barisan hadapan serta sukarelawan yang sedang bertungkus-lumus di lapangan demi membantu mangsa-mangsa yang terjejas.

” Mohon mendoakan agar musibah ini segera reda dan mangsa banjir dapat kembali menjalani kehidupan seperti biasa,” ujar beliau lagi.

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *