Perunding hartanah sambilan di Kuantan rugi RM622,161 diperdaya pelaburan tidak wujud

Oleh: Sholina Osman
13 JAN. 2026

Seorang perunding hartanah sambilan di Kuantan kerugian sebanyak RM622,161.00 setelah diperdaya oleh “scammer” yang menjanjikan pelaburan yang tidak wujud.

Ketua Polis Pahang Datuk Seri Yahaya Othman mendedahkan demikian setelah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Pahang menerima satu laporan dari Daerah Kuantan berhubung satu kes penipuan berkaitan pelaburan tidak wujud.

Beliau berkata mangsa seorang lelaki
berusia 71 tahun itu telah diperdaya oleh suspek melalui tawaran pelaburan di aplikasi WhatsApp pada 16 Oktober 2025.

“Suspek menjanjikan keuntungan 50 peratus bagi setiap pelaburan,” kata Yahaya dalam kenyataan media.

DITAWARKAN MENYERTAI PELABURAN

Beliau berkata mangsa kemudiannya ditawarkan menyertai pelaburan “JMC M. Trading Venture” melalui aplikasi yang diberikan oleh suspek menerusi pautan muat turun.

Antara 27 Oktober 2025 hingga
27 Disember 2025, mangsa telah membuat sebanyak 16 transaksi ke dalam empat akaun bank berbeza dengan melibatkan jumlah keseluruhan RM622,161.00.

Mangsa ada menerima pulangan awal berjumlah RM140,889.00, namun wang tersebut telah dilaburkan semula atas arahan suspek.

Setelah menyedari telah ditipu selepas diminta oleh suspek untuk menambah modal pelaburan sebanyak RM1 juta lagi yang
kononnya bagi membolehkan semua keuntungan dikeluarkan.

WANG SIMPANAN PERIBADI

Sumber kewangan
mangsa adalah daripada wang simpanan peribadi.

Pihak Polis Kontinen Pahang menasihatkan orang ramai supaya merujuk dan mendapatkan maklumat awal daripada balai polis berdekatan sebelum membuat sebarang pelaburan bagi mengelakkan diri menjadi mangsa penipuan.

Masyarakat juga dingatkan supaya membuat semakan nombor akaun yang diterima di pautan https://semakmule.rmp.gov.my/ terlebih dahulu sebelum membuat sebarang transaksi.

Orang awam yang mengesyaki menjadi mangsa penipuan dinasihatkan segera menghubungi Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) di talian 997. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *