SARAWAK LATIH BAKAT AEROANGKASA MENJELANG 2030

KUCHING, 29 Jan — Sarawak memberi tumpuan kepada pembangunan bakat dalam bidang aeroangkasa sebagai persediaan menghadapi industri teknologi tinggi menjelang 2030.

Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Dato’ Sri Roland Sagah Wee Inn, berkata Sarawak memastikan negeri itu mempunyai tenaga kerja berkemahiran tinggi dalam bidang berkenaan bagi memenuhi keperluan industri masa hadapan.

Beliau menjelaskan pendidikan akademik semata-mata tidak mencukupi, sebaliknya graduan perlu dilengkapi latihan praktikal bagi meningkatkan kemahiran, bukan sahaja sebagai penyelidik atau jurutera, tetapi untuk memenuhi keperluan sebenar industri.

“Sekarang tahun 2026, berbaki empat tahun lagi. Beberapa institusi kita sebenarnya sudah memulakan langkah ini. Menjelang Februari, kita akan melahirkan graduan MRO, khusus dalam penyelenggaraan pesawat dan bidang penerbangan.” katanya.

Tambah beliau, latihan praktikal amat penting bagi memastikan graduan benar-benar bersedia untuk memasuki industri aeroangkasa sebenar.

Dato’ Sri Roland Sagah berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Penutupan MyFuture Jobs & Career Talk bersempena Persidangan Aeroangkasa Asia Pasifik (APACE) di Pusat Konvensyen Borneo Kuching, hari ini.

DEBBIE AMANDA

beritartmsarawak

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *