
11 MAC 2026
(Info Ringkas)
PRISManita yang telah dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim bersempena Sambutan Hari Wanita Antarabangsa 2026 merupakan inisiatif KPWKM melalui Jabatan Pembangunan Wanita bagi memudahkan akses wanita kepada perkhidmatan bantuan yang pantas, terselaras dan mesra mangsa khususnya dalam menangani isu kekeluargaan termasuk keganasan rumah tangga.
Selain itu, insentif pengecualian cukai diberikan kepada badan korporat yang menaja caruman Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (Lindung Kasih) sebagai sebahagian daripada usaha memperkasakan wanita.
Agenda memperkasa wanita akan terus menjadi fokus utama menerusi pelaksanaan Dasar Wanita Negara dan Pelan Tindakan Pembangunan Wanita 2025-2030 yang memberi tumpuan kepada kepimpinan, ekonomi, keselamatan dan kesejahteraan wanita.
