



KUALA LUMPUR, 11 Mac 2026 β Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah menyeru umat Islam agar kembali menjadikan al-Quran sebagai panduan utama dalam kehidupan, khususnya ketika dunia sedang berdepan konflik dan ketidaktentuan yang menjejaskan kesejahteraan Ummah.
Paduka Baginda bertitah, keadaan dunia yang sedang dilanda konflik dan peperangan turut memberi kesan mendalam kepada umat Islam di seluruh dunia, khususnya di rantau Timur Tengah.
βPada saat seperti ini, respons yang paling wajar bagi kita sebagai orang beriman ialah kembali kepada ajaran al-Quran dan petunjuk Nabi Muhammad. Al-Qurβan mengandungi banyak kisah tentang Bani Israel. Kisah-kisah ini bukan sekadar cerita masa lalu, tetapi pengajaran untuk kita renungkan. Ia mengingatkan bahawa Allah telah lama memerintahkan orang beriman agar sentiasa teguh, bersedia, dan peka terhadap keadilan, keimanan serta tanggungjawab.
βAl-Qurβan berulang kali mengajak kita untuk membacanya. Walaupun kita tidak memahami sepenuhnya maknanya, bacaan Al-Qurβan itu sendiri mampu melembutkan hati dan menguatkan hubungan kita dengan Yang Maha Esa.
βItulah sebabnya inisiatif seperti World Quran Hour di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia ini amat bermakna. Harapannya bukan sekadar agar orang ramai membaca Al-Qurβan, tetapi juga berusaha memahami mesej mukjizat agung yang dikurniakan kepada Nabi MuαΈ₯ammad,β titah Paduka Baginda.
Paduka Baginda bertitah demikian ketika menyampaikan ucapan sempena program World #QuranHour yang berlangsung di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) yang turut menghimpunkan wakil dari 13 negara dalam solidariti berasaskan nilai Al-Quran.
Keberangkatan Paduka Baginda diiringi Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj.
Sementara itu, Kebawah Duli Paduka Baginda Tuanku menyifatkan kehadiran wakil dari TΓΌrkiye, Maldives, Oman, Tajikistan, Persekutuan Rusia, Jordan, Iran, Iraq, Afghanistan, Palestin, Azerbaijan dan Somalia bersama Malaysia melambangkan perpaduan negara-negara Islam yang berkongsi nilai kasih sayang, keadilan serta tanggungjawab moral yang diinspirasikan oleh Al-Quran.
Paduka Baginda turut menzahirkan harapan agar Allah SWT membimbing dan melindungi umat Islam di mana sahaja mereka berada serta menyatukan Ummah dan mengingatkan bahawa perpaduan merupakan asas kekuatan umat, selari dengan peribahasa Melayu βbersatu teguh, bercerai robohβ. -KESULTANAN PAHANG
ββ-
HRH THE SULTAN OF PAHANG CALLS ON MUSLIMS TO RETURN TO THE QURAN, URGES UNITY TO FACE GLOBAL CHALLENGES
KUALA LUMPUR, March 11, 2026 β His Royal Highness the Sultan of Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah, has called on Muslims to return to the Quran as the primary guide in life, especially as the world faces conflicts and uncertainties that affect the well-being of the Ummah.
His Royal Highness stated that the global situation, which is currently marked by conflicts and wars, has deeply affected Muslims worldwide, particularly in the Middle East.
βAt times like these, the most appropriate response for us as believers is to return to the teachings of the Quran and the guidance of Prophet Muhammad. The Quran contains many stories about the Children of Israel. These stories are not merely accounts of the past, but lessons for us to reflect upon. They remind us that Allah has long commanded the believers to remain steadfast, prepared, and attentive to justice, faith, and responsibility.
βThe Quran repeatedly invites us to read it. Even if we do not fully understand its meaning, the very act of reciting the Quran can soften our hearts and strengthen our relationship with the Almighty.
βThat is why initiatives such as the World Quran Hour at the International Islamic University Malaysia are very meaningful. The hope is not merely for people to read the Quran, but also to strive to understand the message of the great miracle bestowed upon Prophet Muhammad,β His Royal Highness said.
His Royal Highness made these remarks while delivering a speech at the World #QuranHour programme held at the International Islamic University Malaysia (IIUM), which also brought together representatives from 13 countries in solidarity based on the values of the Quran.
His Royal Highness was accompanied by Her Royal Highness the Tengku Ampuan of Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj.
Meanwhile, His Royal Highness noted that the presence of representatives from TΓΌrkiye, Maldives, Oman, Tajikistan, the Russian Federation, Jordan, Iran, Iraq, Afghanistan, Palestine, Azerbaijan, and Somalia together with Malaysia symbolises the unity of Islamic nations that share the values of compassion, justice, and moral responsibility inspired by the Quran.
His Royal Highness also expressed hope that Allah SWT will guide and protect Muslims wherever they may be and unite the Ummah, reminding that unity is the foundation of the communityβs strength, in line with the Malay proverb: βUnited we stand firm, divided we fall.β -KESULTANAN PAHANG
