JPJ GUNA DRON KESAN KESALAHAN TRAFIK SEMPENA OPS HARI RAYA 2026

PUTRAJAYA, 16 Mac 2026 β€” Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) kini menggunakan teknologi dron bagi memantau dan mengesan kesalahan trafik dari udara sepanjang pelaksanaan Ops Hari Raya Aidilfitri 2026 yang bermula 13 Mac 2026.

Datok Aedy Fadly Ramli, Ketua Pengarah Pengangkutan Jalan Malaysia berkata pengguna jalan raya yang dikesan melakukan kesalahan akan diberikan Notis Temu Siasat (114) di bawah Seksyen 114 Akta Pengangkutan Jalan 1987 berdasarkan bukti rakaman imej dan video dron.

β€œDron ini berkeupayaan zoom sehingga 200 kali ini membolehkan nombor pendaftaran kenderaan dikenal pasti dengan jelas dari jarak jauh”

β€œSetakat ini, enam unit dron digunakan bagi tujuan pemantauan trafik sempena operasi tersebut”, katanya.

JPJ akan terus memperkukuh penguatkuasaan melalui penggunaan teknologi bagi meningkatkan keselamatan jalan raya sepanjang musim perayaan.

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *