Selepas 44 Tahun, Penyelesaian Rumah iPanjang Bukit Kiara Akhirnya Direalisasikan

15 Jun 2026

  1. Penantian selama 44 tahun penduduk Rumah Panjang Bukit Kiara untuk mendapatkan
    perumahan yang dijanjikan akhirnya memasuki fasa penyelesaian dengan pelaksanaan
    pembangunan rumah ganti yang dimulakan hari ini.
  2. Saya ingin merakamkan penghargaan kepada YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar
    Ibrahim atas komitmen beliau dalam memastikan isu yang telah berlarutan merentasi
    beberapa pentadbiran ini dapat diselesaikan secara tuntas. Pendirian Kerajaan MADANI
    yang menghormati keputusan Mahkamah Persekutuan, memelihara Taman Rimba Kiara
    dan pada masa yang sama memastikan kebajikan penduduk terus terbela telah
    memungkinkan penyelesaian ini direalisasikan.
  3. Pembangunan ini membuktikan bahawa keperluan perumahan rakyat dan pemeliharaan
    alam sekitar boleh dilaksanakan secara seiring melalui pendekatan yang mengutamakan
    kepentingan awam dan kesejahteraan komuniti.
  4. Sejak tahun 2018, saya bersama penduduk Rumah Panjang Bukit Kiara, Persatuan
    Penduduk Taman Tun Dr Ismail, Friends of Bukit Kiara (FOBK), wakil komuniti dan
    pelbagai pihak berkepentingan telah memperjuangkan penyelesaian yang memastikan
    penduduk mendapat perumahan yang bermaruah tanpa mengorbankan pemeliharaan
    Taman Rimba Kiara.
  5. Penyelesaian yang dicapai hari ini bukan berlaku dalam sehari. Ia merupakan hasil
    pelbagai siri perbincangan, rundingan dan mesyuarat yang melibatkan pelbagai pihak
    selama bertahun-tahun bagi mencari jalan penyelesaian yang dapat diterima semua
    pihak.

Pendekatan berasaskan konsensus inilah yang akhirnya membolehkan satu
penyelesaian yang adil dan mampan dicapai.

  1. Penyelesaian yang dicapai hari ini berasaskan beberapa prinsip utama yang dipersetujui
    bersama:
  • Penduduk Rumah Panjang Bukit Kiara menerima rumah ganti yang telah lama
    dijanjikan;
  • Pembangunan dihadkan kepada kawasan seluas 5.76 ekar sahaja;
  • Baki tanah diserahkan semula kepada Kerajaan untuk diwartakan sebagai Kawasan
    Lapang Awam;
  • Rumah ganti dibangunkan dan disiapkan terlebih dahulu bagi membolehkan penduduk
    berpindah terus ke kediaman baharu tanpa perlu melalui penempatan sementara;
  • Audit bersama melibatkan DBKL, FOBK dan Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia
    (FRIM) dilaksanakan bagi memastikan pengurusan, pemeliharaan dan perlindungan
    pokok-pokok di kawasan pembangunan;
  • Tapak kuil sedia ada dikekalkan dan dizonkan secara rasmi sebagai Tapak Rumah
    Ibadat Bukan Islam (RIBI); dan
  • Jumlah lot tempat letak kereta untuk Taman Rimba Kiara bertambah daripada 80 ke
    150 lot.
  1. Saya juga ingin merakamkan penghargaan khusus kepada wakil rumah panjang
    saudara Sivakumar Muniandy yang telah bersama saya memperjuangkan penyelesaian
    isu ini selama 8 tahun. Ketaki pelbagai cabaran dan tekanan dihadapi, beliau kekal
    konsisten mempertahankan prinsip bahawa penduduk Rumah Panjang Bukit Kiara
    berhak mendapat perumahan yang bermaruah dan Taman Rimba Kiara perlu terus
    dipelihara untuk generasi akan datang.
  2. 9. Saya juga ingin merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang telah memainkan
    peranan dalam perjalanan panjang ini. Isu ini telah melalui penelitian dan semakan
    pelbagai institusi negara daripada legislatif melalui prosiding Jawatankuasa Kira-Kira
    Wang Negara (PAC) kepada badan kehakiman yang mendengar dan memutuskan
    perkara ini sehingga ke peringkat Mahkamah Persekutuan, sebelum akhirnya Kerajaan
    MADANI di bawah pimpinan YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim mengambil
    keputusan untuk melaksanakan penyelesaian dan menunaikan komitmen kepada
    penduduk Rumah Panjang Bukit Kiara.

Terima kasih juga kepada Datuk Bandar Kuala
Lumpur, Ybhg. Datuk Seri TPr. Fadlun Mak Ujud kerana membantu mempercepatkan
proses kelulusan Kebenaran Merancang ke atas pembangunan Rumah Panjang Bukit
Kiara mengikut perundangan sedia ada.

Penyelesaian yang dicapai hari ini membuktikan bahawa pembangunan bandar tidak
semestinya berlaku dengan mengorbankan kepentingan komuniti atau alam sekitar.
Sebaliknya, dengan komitmen, kesabaran dan kerjasama semua pihak, keseimbangan
antara pembangunan, pemuliharaan dan keadilan sosial boleh dicapai.

  1. Selepas 44 tahun, penyelesaian yang suatu ketika dahulu dianggap mustahil akhirnya
    berjaya direalisasikan.

HANNAH YEOH
MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI
(WILAYAH PERSEKUTUAN)

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *