
27 Julai 2026
Keselamatan di institusi pendidikan terus menjadi keutamaan Kementerian Dalam Negeri (KDN) menerusi penempatan Pegawai Perhubungan Polis (PPP) yang dilaksanakan berdasarkan penilaian risiko setiap sekolah. Pendekatan ini membolehkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) memfokuskan sumber dan intervensi di sekolah yang memerlukan perhatian khusus.
βKeselamatan sekolah memerlukan pendekatan yang berasaskan risiko serta kerjasama erat antara pihak polis, sekolah, ibu bapa dan komuniti bagi mewujudkan persekitaran pembelajaran yang selamat.β
β YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail, Menteri Dalam Negeri
Melalui pemetaan yang dijalankan oleh PDRM, aspek seperti gangsterisme, buli, disiplin dan isu keselamatan dinilai bagi menentukan keperluan penempatan Pegawai Perhubungan Polis. Pendekatan bersasar ini membolehkan program pencegahan, pendidikan keselamatan dan pemantauan dilaksanakan secara lebih efektif mengikut profil risiko setiap sekolah.
KDN akan terus memperkukuh usaha pencegahan jenayah dan membina budaya keselamatan di sekolah melalui kerjasama strategik antara PDRM, pihak sekolah, PIBG, ibu bapa serta seluruh komuniti demi memastikan persekitaran pembelajaran yang kondusif dan selamat untuk semua.
Sumber:
Sidang Media YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail sempena Program Komuniti Korektif Kampung Angkat MADANI dan Sekolah Angkat MADANI Jabatan Penjara Malaysia, Tanjung Piandang, Perak.
25 Julai 2026
