
28 Julai 2026
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) terus memperkukuh penguatkuasaan imigresen di seluruh negara dengan melaksanakan 7,105 operasi, melibatkan 96,994 pemeriksaan dan membawa kepada 41,596 penahanan terhadap pendatang asing setakat 15 Julai 2026. Usaha berterusan ini mencerminkan komitmen Kementerian Dalam Negeri (KDN) dalam memastikan pematuhan undang-undang imigresen serta memelihara keselamatan dan ketenteraman awam.
βKDN akan terus memperkukuh penguatkuasaan imigresen secara tegas, profesional dan berintegriti bagi memastikan kedaulatan negara sentiasa terpelihara serta undang-undang dihormati tanpa sebarang kompromi.β
β YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail, Menteri Dalam Negeri
Daripada keseluruhan tindakan penguatkuasaan yang dilaksanakan, JIM telah merekodkan:
πΉ 7,105 operasi penguatkuasaan di seluruh negara;
πΉ 96,994 pemeriksaan terhadap warga asing dan premis; serta
πΉ 41,596 penahanan melibatkan pendatang asing yang didapati melanggar peruntukan undang-undang imigresen.
Pencapaian ini membuktikan kesiapsiagaan dan kecekapan JIM dalam melaksanakan operasi secara berterusan, berasaskan risikan serta mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Pendekatan yang sistematik ini turut memperkukuh usaha kerajaan membanteras pendatang asing tanpa izin (PATI), mengekang penyalahgunaan pas imigresen dan memastikan keselamatan negara terus dipelihara.
KDN akan terus memperkasakan kerjasama strategik bersama agensi penguatkuasaan berkaitan bagi memastikan setiap tindakan dilaksanakan secara bersepadu, profesional dan berkesan demi menjamin keselamatan serta kesejahteraan rakyat.
Sumber: Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia, 27 Julai 2026.
