
DUNGUN, 8 Ogos – Jenazah Allahyarham Konstabel Muhammad Raimi Ismarubee, anggota polis yang maut akibat terkena renjatan elektrik di Beaufort, Sabah petang Khamis, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felda Kerteh Dua, kira-kira pukul 12.30 tengah malam tadi.
Jenazah Allahyarham terlebih dahulu disolatkan di kediaman keluarganya di Felda Kerteh Dua pada kira-kira pukul 11.30 malam.
Lebih 200 ahli keluarga, penduduk setempat, rakan taulan serta 20 anggota dan pegawai polis hadir mengiringi pengebumian Allahyarham.
Sebelum itu, jenazah diiringi beberapa pegawai PDRM dari Pangkalan TUDM Kuantan selepas tiba dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu pada kira-kira pukul 9.20 malam.
TERKENA RENJATAN ELEKTRIK
Dalam kejadian petang Khamis, tiga anggota polis lelaki maut selepas terkena renjatan elektrik di Jalan Weston, Kampung Weston, Beaufort, Sabah.
Dua lagi mangsa ialah Koperal Chiu Teck Siong dan Koperal Mohamad Nur Hafiz Ibrahim.
Sumber: RTM
Sorotan berita: Jendela Madani
