
CYBERJAYA, 15 Ogos- Kontinjen Malaysia menyasarkan dua pingat emas dan dua perak pada Sukan Nomad Dunia 2026 yang akan berlangsung di Kyrgyzstan dari 31 Ogos hingga 6 September.
Malaysia bakal menyertai kira-kira enam jenis sukan termasuk permainan tradisional, berkuda, permainan luar, permainan intelektual dan gusti Mongolia, dengan kontinjen negara kini berada pada fasa akhir persiapan bagi memastikan sasaran pingat dapat direalisasikan.
