Tragedi LPT1: Tiga beranak dikebumikan dalam satu liang lahad

KUANTAN, 2 September – Tiga sekeluarga yang maut dalam nahas membabitkan 11 kenderaan di Kilometer 110.4 Lebuhraya Pantai Timur (LPT) 1, selamat dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Setali, Kuantan, pada 10.30 malam Selasa.

Jenazah Muhammad Nazatul Nazmi, 32, isterinya Nur Atiqah Sofiya Mohd Kazwan, 32, dan anak mereka, Muhammad Armaan Nazeef, empat tahun, tiba di tanah perkuburan pada 9.23 malam selepas disolatkan di Masjid Saidina Ali Bin Abi Talib, Bukit Sekilau.

Sebelum itu, jenazah dituntut waris selepas bedah siasat di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAH), Temerloh dan dibawa ke Masjid Paya Luas untuk dimandi, dikafan serta disolatkan.

Nahas yang berlaku kira-kira 10 malam Isnin itu turut meragut nyawa Seow Beng Wain, 55, menjadikan keseluruhan empat mangsa maut. Insiden berkenaan melibatkan empat kereta, tiga SUV, sebuah MPV, pikap, lori dan bas.

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *