Jenayah siber kini menjadi antara cabaran keselamatan yang semakin serius apabila Malaysia merekodkan 66,204 kes dengan kerugian RM2.97 bilion pada 2025, berbanding 35,368 kes dengan kerugian RM1.57 bilion pada 2024 — peningkatan hampir dua kali ganda dalam tempoh setahun.
“Apabila penjenayah mengubah cara mereka melakukan jenayah, kita mesti mengubah cara kita melindungi rakyat.”
— YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail, Menteri Dalam Negeri.
Ancaman ini bukan sahaja melibatkan kerugian kewangan, malah berkembang seiring kemajuan teknologi termasuk penggunaan kecerdasan buatan, penyamaran digital, deepfake serta operasi penipuan berskala besar. UNODC turut melaporkan bahawa operasi scam di Asia Tenggara sahaja menjana puluhan bilion dolar setiap tahun.
Sehubungan itu, KDN bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) terus memperkukuh undang-undang, keupayaan penguatkuasaan, penggunaan teknologi serta kerjasama strategik bagi memastikan respons negara sentiasa selangkah ke hadapan dalam menghadapi perubahan modus operandi penjenayah siber.

Keselamatan siber bukan sekadar soal teknologi. Ia berkait langsung dengan keselamatan rakyat, keyakinan terhadap ekonomi digital dan kestabilan negara. KDN kekal komited memastikan Malaysia terus AMAN • SELAMAT • STABIL, dalam dunia fizikal dan digital.
Sumber: Sidang Media Menteri Dalam Negeri sempena Persidangan Kebingkasan Siber 2026 Kali Ke-6 (CRC 2026), 2 September 2026.