FADHLINA BAWA NAFAS BAHARU, TAMPIL IDEA SEGAR DEMI PERKASAKAN WANITA KEADILAN – SABRINA KWN KEDAH

Fadhlina Sidek disenangi kerana menampilkan kepimpinan yang mesra.
Kepimpinan Fadhlina memberi impak kepada masyarakat – Datin Sabrina Ahmad KWN Kedah.
Fadhlina Sidek konsisten memperjuangkan isu-isu wanita.

Oleh: Sholina Osman
(Sorotan khas Pemilihan KEADILAN Sesi 2025 -2028)
19 Feb 2025

Fadhlina Sidek membawa nafas baharu dalam menerajui kepimpinan Wanita KEADILAN serta berani tampil dengan idea-idea lebih insklusif serta relevan sesuai dengan peredaran zaman.

Ketua Wanita KEADILAN Negeri Kedah , Datin Sabrina Ahmad berkata, Fadhlina juga telah berusaha meningkatkan penyertaan wanita dalam bidang politik, ekonomi dan sosial.

“ Selain itu Fadhlina sentiasa memastikan suara wanita didengari sebagai pembuat keputusan yang penting dalam pelbagai bidang terutama isu-isu berkaitan pendidikan , ekonomi dan politik ,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

KEPIMPINAN YANG MANTAP

Menurut Sabrina dengan kepimpinan yang mantap dalam memperjuangkan hak wanita dan golongan yang terpinggir, Fadhlina sering terlibat membawa isu-isu penting mengenai kesejahteraan wanita ke pentas perbincangan sama ada dalam atau luar Parlimen.

“Kepimpinan Fadhlina telah memberi impak positif kepada masyarakat, terutamanya dalam memberikan perhatian terhadap keperluan pendidikan, kesihatan, dan keselamatan wanita,” jelas beliau lagi.

Malah menurut Sabrina lagi, Fadhlina juga berjaya meletakkan isu kesetaraan jantina sebagai salah satu fokus utama dalam platform politiknya yang telah membuka ruang untuk perbincangan yang lebih luas dalam kalangan pemimpin politik.

” Fadhlina tidak hanya mendapat sokongan dalam kalangan wanita, tetapi juga di kalangan ahli parti yang lebih luas,” ujarnya.

KEPIMPINAN YANG MESRA

Tambah Sabrina, dengan kepimpinan yang mesra dan terbukti telah menjadikan Fadhlina seorang pemimpin yang disegani oleh pelbagai lapisan masyarakat.

“ Sokongan tersebut menunjukkan keyakinan ramai terhadap kemampuan Fadhlina untuk terus memimpin Wanita KEADILAN Pusat dengan baik.

“Adalah sangat sewajarnya Fadhlina dikekalkan memimpin wanita pusat untuk sesi 2025-2028,’’ jelasnya.

Selain itu, menurut beliau lagi , Fadhlina bukan sahaja berbicara mengenai hak wanita, tetapi juga berusaha memperkenalkan pelbagai program dan inisiatif yang memberi manfaat langsung kepada wanita di negara ini.

“Program-program seperti kempen kesedaran, latihan kemahiran, dan bantuan kepada wanita di luar bandar merupakan contoh komitmen yang perlu dihargai dan diteruskan,” katanya.

ISU-ISU SOSIAL

“Fadhlina juga membawa isu-isu sosial yang melibatkan wanita ke perhatian kerajaan dan masyarakat.
Sama ada isu keganasan rumah tangga, diskriminasi gender, atau ketidakadilan dalam pekerjaan. Fadhlina telah berusaha memperjuangkan hak wanita dengan cara yang konsisiten serta berkesan.

“Kesimpulannya, Fadhlina telah terbukti sebagai pemimpin yang komited dan berkaliber dalam memperjuangkan hak wanita dan membawa perubahan yang positif,’’ kata Sabrina yang juga Ketua Wanita Cabang Merbok, Kedah – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *