Fadhlina santuni otai-otai reformis

Petikan FB Fadhlina Sidek
4 MAC 2025

Perkongsian pejuang dan otai reformis tentang makna perjuangan membuatkan kita lebih menghargai apa yang kita miliki sekarang.

Apa istimewanya wanita KEADILAN? Hanya KEADILAN pernah dikemudi oleh seorang Presiden bernama Dr Wan Azizah Wan Ismail ketika ditubuhkan. Di bawah pimpinan wanita ini, KEADILAN mengharungi liku-liku dan pasang surut gelombang politik. Pernah KEADILAN hanya tinggal satu kerusi parlimen sahaja dalam PRU11 pada tahun 2004, namun bangkit sebagai parti pembangkang terbesar dalam PRU12 pada tahun 2008!

Sebaris nama seperti Asmah Bt Mat Saman dan Sabariah Bt Ngah Karim adalah nama besar dalam perjuangan. Mereka inilah yang terawal turun ke jalan raya, untuk memperjuangkan keadilan pada zaman tercetusnya kebangkitan rakyat menerusi gerakan Reformasi. Jasa mereka sangat besar dalam perjuangan KEADILAN.

Orang kuat yang tidak lagi “kuat” tubuhnya seperti kak Asmah dan Kak Sabariah, memahami kesemua ini. Mereka masih mengikuti perkembangan politik, tahu apa yang sedang berlaku.
Idealisme mereka masih segar. Ingatan mereka kuat apabila menghurai sejarah perjuangan.

Moga-moga otai-otai reformis seperti kak Asmah dan kak Sabariah dipanjangkan usia untuk sebuah kesaksian kemuncak idealisme yang diperjuangkan, kini menjadi kenyataan!

Terima kasih Wanita KEADILAN Cabang Lembah Pantai yang diketuai oleh Ketua Wanita Cabangnya, Puan Jemilah dan bala jentera wanitanya yang gagah dan gigih! Apabila Wanita kuat, Cabang akan menjadi hebat! Terima kasih Ketua Cabang Lembah Pantai! @Fahmi Fadzil

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *