





Oleh: Sholina Osman
10 MAC 2025
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Asahan, Melaka, Fairul Nizam Roslan telah melakukan lawatan kerja ke tapak cadangan pembinaan struktur telekomunikasi di atas sebahagian tanah Hospital Jasin.
Turut hadir dalam lawatan ini ialah Pengarah Hospital Jasin, Dr. Azhar Mohd Sali, bersama barisan pegawai serta wakil daripada pihak MICTH, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), JKPTG Melaka, Pihak Berkuasa Penerbangan Awam (CAAM) , dan juga pihak Telco Maxis.
DALAM SESI LAWATAN
“Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam sesi lawatan dan perbincangan ini,” katanya dalam hantaran di FB MCMC.
Beliau berharap projek ini dapat direalisasikan dengan lancar demi meningkatkan liputan dan kualiti perkhidmatan telekomunikasi di kawasan Hospital Jasin serta manfaat kepada masyarakat setempat. – JM
