PMX hadir imarahkan program Ihya Ramadan di PETRA

10 MAC 2025

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir mengimarahkan program Ihya Ramadan di Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA).

Hadir sama Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri PETRA, Datuk Sri Fadillah Yusof.

“Alhamdulillah, seperti tahun-tahun sebelumnya, saya sekali lagi berpeluang menjadikan waktu Zuhur di bulan Ramadan sebagai ruang untuk kita semua menghayati makna al-Quran dan merenungi hikmahNya dalam konteks besar membawa perubahan dalam masyarakat,” katanya menerusi hantaran di FB.

MEMBUKA RUANG RENUNGAN

Tazkirah bertajuk “Ramadan: Syukuri Nikmat Air dan Tenaga” oleh Ustaz Nabil Ahmad dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) membuka ruang renungan mendalam mengenai amanah terhadap sumber yang dikurniakan Allah SWT.

Beliau bersama hampir 300 warga PETRA dan agensi di bawahnya menunaikan solat Zuhur berjemaah.

Jelasnya, ini adalah sebuah tradisi Ramadan yang harus dimanfaatkan untuk memperkukuh nilai kebersamaan dalam kepemimpinan dan pentadbiran.

PENGURUSAN TERTINGGI PETRA

Sebelum itu, beliau turut berkesempatan bertemu Pengurusan Tertinggi PETRA bagi membincangkan pemantapan tatakelola, inisiatif reformasi, serta pencapaian utama kementerian.

“Semoga Ramadan terus menjadi madrasah rohani yang mendidik kita agar lebih berdisiplin, bijak berjimat cermat dalam penggunaan sumber, dan lebih peka terhadap tuntutan tanggungjawab sebagai makhluk Tuhan di bumi,” jelas Perdana Menteri. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *