Fahmi rasmi HBK NADI Air Kuning, Tapah

Oleh: Sholina Osman
13 APRIL 2025

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil merasmikan Program Hari Bersama Komuniti (HBK) di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Air Kuning, Tapah.

Kenyataan media Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memaklumkan pembukaan pusat ini membolehkan komuniti setempat mengenali lebih dekat program Perkhidmatan Pintar NADI.

“Ia sejajar dengan usaha memperluas capaian Internet, memperkukuh akses kepada maklumat, serta menyediakan latihan dan sokongan komuniti yang
lebih inklusif,” katanya kenyataan itu.

Program yang berlangsung ini memperlihatkan penyertaan aktif pelbagai lapisan masyarakat dalam aktiviti-aktiviti berimpak tinggi berteraskan kemahiran, pembelajaran, pembangunan kendiri dan keusahawanan komuniti.

PERKHIDMATAN PINTAR NADI

Antara komponen utama program ini
adalah sesi promosi perkhidmatan pintar NADI – pameran maklumat lima teras program perkhidmatan pintar.

Juga diadakan pendaftaran ahli baharu NADI bagi menggalakkan lebih ramai komuniti mendaftar untuk menikmati pelbagai faedah secara percuma.

“Pendaftaran penyertaan perkhidmatan pintar pula bagi menggalakkan penyertaan aktif komuniti melalui akses kepada pelbagai modul latihan, informasi dan sokongan secara berterusan,” kata kenyataan media.

KESEDARAN KESELAMATAN SIBER

Selain itu diadakan Taklimat Internet Selamat bagi kesedaran keselamatan siber, etika penggunaan Internet.

Manakala NADIpreneur & EmpowHER pula taklimat bimbingan asas keusahawanan.

Juga diadakan saringan kesihatan percuma sebagai menyediakan pemeriksaan kesihatan asas kepada komuniti secara percuma, bagi meningkatkan kesedaran awal terhadap penjagaan kesihatan dan kesejahteraan diri.

PRODUK DAN PERKHIDMATAN

Pameran dan jualan usahawan NADI pula bagi menampilkan produk dan
perkhidmatan daripada usahawan NADI Air Kuning dan NADI PPR Sri
Bidor sebagai platform promosi, pemasaran dan pengukuhan ekonomi
komuniti.

“HBK juga menampilkan kerjasama antara agensi menerusi Jualan Rahmah MADANI oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Jualan Agro MADANI oleh Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) yang menyediakan jualan barangan keperluan pada harga berpatutan serta hasil pertanian segar,” kata kenyataan media lagi.

Juga diadakan pertandingan e-Sukan persahabatan Mobile Legends antara Ahli NADI Air Kuning dengan NADI PPR Sri Bidor. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *