PMX, isteri hadir majlis Hari Raya Aidilfitri MOF

19 APRIL 2025

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahi menghadiri Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri anjuran Kementerian Kewangan (MOF).

Beliau bersama isteri, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail turut menikmati beberapa juadah dan minuman disediakan.

“Dalam menyambut bulan yang mulia ini, Hari Raya Aidilfitri wajar dijadikan ruang untuk kita memperkukuh ukhuwah dan silaturrahim — bukan sahaja sesama ahli keluarga, tetapi juga rakan sekerja dan sahabat handai,” katanya dalam hantaran di FB.

Beliau berkata, majlis ini menjadi wadah untuk warga MOF serta agensi-agensi berkaitan bertemu muka, beramah mesra, dan menyambut Syawal dalam suasana sederhana namun penuh erti. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *