



Oleh: Sholina Osman
3 MEI 2025
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek mengiringi Presiden Republik Kosovo, Dr Vjosa Osmani Sadriu menyempurnakan majlis perasmian pembukaan Kedutaan Republik Kosovo di Kuala Lumpur.
“Pembukaan kedutaan ini memberi makna yang signifikan kepada hubungan Malaysia-Republik Kosovo,” kata Fadhlina menerusi perkongsian di FB.
Fadhlina berkata, ia bakal mencetus lembaran baharu, peluasan kerjasama strategik kedua-dua negara dalam pelbagai bidang termasuk perdagangan, pendidikan dan kebudayaan.
TURUT MENYAMPAIKAN ANUGERAH
Pada majlis ini, katanya, Osmani Sadriu telah turut menyampaikan anugerah ‘Order of Independence’ sebagai menghargai sumbangan Perdana Menteri Ke-5, Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Anugerah berkenaan diterima oleh Khairy Jamaluddin.
Tahniah diucapkan kepada Republik Kosovo atas pembukaan kedutaan ini! – JM
