







3 MEI 2025
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan tamu kenegaraan Presiden Republik Kosovo, Dr Vjosa Osmani di Putrajaya.
“Beliau bersama delegasi Kosovo kini dalam rangka lawatan rasmi ke Malaysia selama empat hari sehingga Ahad (3 Mei 2025),” kata Perdana Menteri dalam hantaran di FB.
Ketibaan Presiden Osmani Sadriu di Perdana Putra disambut dengan istiadat rasmi negara, termasuk pemeriksaan Pasukan Kawalan Kehormatan daripada Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja.
PENTING DAN BERSEJARAH
Lawatan rasmi ini merupakan detik penting dan bersejarah dalam hubungan dua hala Malaysia-Kosovo.
Ia bukan sahaja kunjungan sulung Presiden Osmani Sadriu ke Malaysia sejak dilantik pada 2021, tetapi juga menandakan pembukaan rasmi Kedutaan Republik Kosovo di Kuala Lumpur.
“Malaysia berbesar hati menerima kunjungan daripada sebuah negara sahabat yang sejak awal turut meniti perjuangan untuk keamanan dan kemanusiaa,” katanya.
Malaysia berbangga menjadi antara negara terawal mengiktiraf Kosovo sebagai sebuah negara merdeka dan berdaulat.
Insya-Allah, kunjungan ini akan memperkukuh ikatan persahabatan dan membuka lembaran baharu dalam kerjasama Malaysia-Kosovo. -JM
