




Oleh: Sholina Osman
21 MEI 2025
Muhammad Saniy Samsudin dari Kubang Pasu dan Nur Afini binti Rusli dari Kuala Muda masing-masing dinobatkan sebagai Johan Kategori Individu Lelaki dan Individu Wanita dalam Anugerah Perdana Belia Negara (APBN) Peringkat Negeri Kedah 2025.
Majlis penyampaian anugerah ini telah disempurnakan oleh Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Malaysia, Azura Abidin.
Hadir sama Datuk Bandar Alor Setar, Datuk Abdul Gafar Yahaya, Timbalan Pengarah JBS Kedah, Mohammad Suhaimi Md Saad, Presiden Majlis Belia Negeri (MBN) Kedah, Mohd Amir Murshidi Datuk Samsuddin.
Muhammad Saniy yang mewakili daerah Kubang Pasu membawa pulang hadiah berupa wang tunai RM3,000, trofi, dan sijil penghargaan sebagai Johan Kategori Individu Lelaki.
MENERIMA WANG TUNAI
Sementara itu, Nur Afini dari Kuala Muda turut menerima wang tunai RM3,000, trofi, dan sijil penghargaan.
Naib Johan bagi Kategori Individu Lelaki dimenangi oleh Muhamad Farhat Mohd Pisal dari Kuala Muda, yang menerima hadiah RM1,500, trofi, dan sijil penghargaan.
Tempat ketiga pula disandang oleh Muhammad Syafiq Salizam dari Kulim, yang menerima RM500, trofi, dan sijil penghargaan.
Bagi Kategori Individu Wanita, tempat kedua disandang oleh Nur Imanah Idrus dari Kota Setar, yang membawa pulang RM1,500, trofi, dan sijil penghargaan.
Tempat ketiga dimenangi oleh Nur Afiqah binti Mahmud dari Baling, yang menerima RM500, trofi, dan sijil penghargaan.
Majlis Belia Daerah Yan pula dinobatkan sebagai Johan Kategori Pertubuhan Belia, menerima hadiah wang tunai RM10,000, trofi, dan sijil penghargaan.
Tempat kedua dalam kategori ini dimenangi oleh Gerakan Belia 4B Malaysia Cawangan Bongor Baru dari Kuala Muda, yang menerima RM5,000, trofi, dan sijil penghargaan, manakala tempat ketiga disandang oleh Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Daerah Kuala Muda, yang menerima RM3,000, trofi, dan sijil penghargaan.
Anugerah Perdana Belia Negara ini bertujuan untuk mengiktiraf sumbangan dan pencapaian belia dalam pelbagai bidang, sejajar dengan aspirasi kerajaan untuk melahirkan generasi belia berwawasan tinggi dan berdaya saing dalam menghadapi cabaran masa depan. – JM
