PMX solat Jumaat di Masjid Ar-Raudhah Johor Bahru

24 MEI 2025

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menunaikan solat Jumaat di Masjid Ar-Raudhah bersama kariah setempat ketika berada di Johor Bahru.

Dalam hantaran di FB, beliau mengimbas kembali sejarah masjid ini di mana ia bermula sebagai sebuah surau kecil yang dibina sekitar tahun 1975–1977 hasil pembiayaan Pejabat Daerah Johor Bahru, sebelum dinaiktaraf kepada sebuah masjid pada awal 1990-an.

Ia menjadi simbol perkembangan dan kekuatan komuniti di Kampung Dato’ Onn.

“Saya mendoakan agar seluruh ahli kariah terus dilimpahi kesejahteraan, perpaduan dan sentiasa berada dalam lindungan rahmat Allah SWT,” kata Perdana Menteri. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *