






Oleh: Sholina Osman
29 JUN 2025
Kerajaan Brunei Darussalam dan Pemerintah Kota Pontianak, Kalimantan, Indonesia antara rakan serantau yang bakal terlibat dalam
29 taman pada Borneo Flora Festival (BFF) di Labuan bulan hadapan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa selain itu taman-takan ini akan dipersembahkan oleh wakil komuniti, agensi-agensi, sekolah rendah dan menengah serta institut pengajian tinggi.
“Semuanya akan dizahirkan dalam bentuk pameran bunga-bungaan dengan kelasnya yang tersendiri,” katanya dalam hantaran di FB.
PIHAK YANG MENJAYAKAN
Dr Zaliha menzahirkan penghargaan kepada semua pihak yang menjayakannya dan menjadikan penganjuran BFF ini satu realiti.
Sebaik selesai perjumpaan bersama pengurusan tertinggi Perbadanan Labuan, beliau singgah ke tapak semaian dan tapak program BFF bagi melihat sendiri persiapan yang telah dilaksanakan berbaki 27 hari lagi ke hari program.
“Alhamdulillah, saya puas hati dengan persiapan yang telah dilaksanakan walaupun ada ruang-ruang yang saya minta perbetulkan bagi menyambut kehadiran pengunjung,” kata beliau. – JM
