



Wartawan JM
2 JULAI 2025
Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil hari ini menyertai program Jom 10,000 Langkah Kementerian Komunikasi bersama-sama lebih 100 warga kementerian bermula dari Menara Komunikasi melalui sepanjang tasik Putrajaya.
Program ini merupakan anjuran Bahagian Khidmat Pengurusan Kementerian Komunikasi bersama dengan Kelab Sukan dan Kebajikan Kementerian Komunikasi (KESKOM) dan PUSPANITA Cawangan Kementerian Komunikasi (PCKK) selari dengan Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) yang dilaksanakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.
“Jom 10,000 Langkah ini turut di sertai Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi, Datuk Mohamad Fauzi Md Isa; Timbalan Ketua Setiausaha (Komunikasi Strategik dan Industri Kreatif) Kementerian Komunikasi, Nik Kamaruzaman Nik Husin serta Setiausaha Bahagian Kanan (Pengurusan) Kementerian Komunikasi, Mazlan Abd Mutalib,” kata Kementerian Komunikasi dalam hantaran di FB. – JM
