
Wartawan JM
Foto Ihsan Pejabat Perdana Menteri (PMO)
5 JULAI 2025
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan delegasi Malaysia kini menuju ke Rio De Janeiro, Brazil bagi menghadiri Sidang Kemuncak BRICS Ke-17.
Beliau berkata, kunjungqn ke Perancis ini telah mencapai matlamat utama iaitu memperkukuh hubungan dua hala serta membuka ruang kerjasama strategik yang lebih meluas antara dua negara sahabat dalam pelbagai bidang yang berkepentingan bersama.
“Penghargaan saya buat seluruh pasukan kementerian, Kedutaan Besar Malaysia di Paris, para petugas keselamatan dan rakan-rakan media yang telah memastikan kelancaran setiap aturcara sepanjang berada di kota ini,” kata beliau dalam hantaran di FB. – JM
