UniMAP komited jalankan kajian dalaman pelaksanaan SST ke atas pelajar

Oleh: Sholina Osman
6 JULAI 2025

Pihak pengurusan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) komited untuk menjalankan kajian dalaman yang menyeluruh berhubung implikasi ekonomi, sosial dan psikologi berhubung pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) ke atas pelajarnya.

Naib Canselornya Datuk Prof. Ts. Dr. Zaliman Sauli sewajarnya sebagai institusi pendidikan tinggi awam maka akan sentiasa mengutamakan kebajikan dan kesejahteraan pelajarnya.

Zaliman mengulas demikian berhubung arahan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir, yang menggesa pihak universiti untuk meneliti secara menyeluruh kesan peluasan skop (SST) terhadap mahasiswa.

AKAN MENDAPATKAN INPUT

Beliau berkata pihak universiti akan mendapatkan input daripada Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), wakil kolej kediaman, serta Jabatan Hal Ehwal Pelajar untuk mengenal pasti bentuk sokongan atau intervensi bersesuaian yang boleh disediakan kepada mahasiswa selain menyebarluaskan inisiatif tabung amanah dan zakat untuk membantu khususnya pelajar B40 yang terkesan.

Dalam masa terdekat, katanya UniMAP juga akan mengadakan libat urus bersama wakil Kementerian Pendidikan Tinggi dan universiti awam lain bagi memastikan sebarang cadangan atau langkah penambahbaikan dapat diselaraskan dan disampaikan kepada pemegang taruh universiti.

UniMAP turut percaya bahawa sebarang perubahan dasar ekonomi perlu diteliti dari pelbagai sudut termasuklah kesannya terhadap golongan pelajar, agar akses kepada pendidikan tinggi kekal inklusif dan tidak membebankan. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *