PMX ucap Selamat Menyambut Ulang Tahun Kelahiran ke-100 kepada Tun M

Wartawan JM
10 JULAI 2025

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan Selamat Menyambut Ulang Tahun Kelahiran yang ke-100 kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad.

“Saya dan Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail mendoakan setulusnya agar Tun terus dikurniakan kesejahteraan, ketenangan jiwa, dan kekuatan tubuh dalam menjalani kehidupan dengan penuh makna,” kata beliau dalam hantaran di FB.

Perdana Menteri berkata, gaya hidup sihat serta amal bakti yang tidak pernah terhenti menjadi teladan kepada sebuah negara yang sedang menua, namun tetap punya harapan yang tinggi.

“Semoga Allah SWT terus merahmati Tun, Insya-Allah,” tambah beliau. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *